Bahaya Wanita Memakai Bra 24 Jam - Beberapa wanita percaya menyangga payudara secara terus menerus boleh mengelakkan payudara turun. Namun kebiasaan itu ternyata boleh mencetuskan peningkatan suhu badan sekitar payudara yang lama-lama berisiko terkena kanser.
Dua saintis Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 melakukan penelitian mengenai berapa lama waktu yang ideal untuk memakai tudung dada wanita atau bra?
Jawapannya ternyata kurang dari 12 jam. Wanita yang ingin mengelakkan kanser payudara harus memakai bra dalam masa sesingkat mungkin, dan sebaiknya kurang dari 12 jam per hari.
Singer dan Grismaijer mengkajii kebiasaan memakai bra 4.500 wanita di lima bandar di seluruh Amerika Syarikat. Keputusan kajiannya telah diterbitkan dalam sebuah buku Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras.
Keputusan kajian menunjukkan wanita yang memakai bra selama 24 jam sehari berisiko paling tinggi terkena kanser payudara. Sedangkan wanita yang jarang memakai bra paling sedikit risikonya.
Perbandingan keputusan kajian tersebut menunjukkan :
1. 3 dari 4 wanita yang memakai bra 24 jam per hari
2. 1 dari 7 wanita yang memakai bra lebih dari 12 jam per hari, tetapi tidak menggunakannya ketika tidur
3. 1 dari 152 wanita yang memakai bra kurang dari 12 jam per hari
4. 1 dari 168 wanita yang jarang atau bahkan yang tidak pernah memakai bra sama sekali
Jadi risiko wanita yang memakai bra selama 24 jam mempunyai 125 kali ganda risiko terkena kanser payudara berbanding yang jarang memakai bra.
Waktu yang paling tepat untuk mengistirahatkan payudara dengan tanpa memakai bra adalah waktu tidur. "Jangan tidur dengan bra," kata Sydney Singer, seperti dilansir dari chetday.
Memijat payudara disertai menarik nafas panjang setiap kali melepas bra boleh memperlancar aliran getah bening dan mencegah berkembangnya kanser pada payudara. Sistem limfatik pada payudara hanya berkembang sepenuhnya selama kehamilan dan menyusui, sehingga wanita yang memakai bra sehari-hari, menunda memiliki anak dan yang tidak menyusui boleh terkena risiko kanser payudara yang lebih tinggi.
Sekitar 75 peratus wanita yang terkena kanser payudara sebenarnya tidak mempunyai faktor risiko kanser. Hal ini memunculkan dugaan bahawa penggunaan bra yang tidak betul atau terus-terusan memakai bra merupakan faktor yang dapat menjelaskan hal tersebut.
Ukuran bra yang tidak tepat atau terlalu ketat boleh membantu pertumbuhan kanser di payudara. Kerana bra yang salah boleh menghalang peneutralan bahan kimia berbahaya dalam tubuh yang menyebabkan kanser. Dan sekitar 80 peratus wanita menggunakan bra yang salah. Alasan utama mengapa bra yang ketat boleh membahayakan kesihatan adalah kerana boleh menyekat aliran getah bening di payudara. Normalnya, cecair getah bening mencuci bahan sisa dan racun lain, serta melepaskannya dari payudara.
Menggunakan bra terlalu lama juga meningkatkan suhu payudara, dan wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua-dua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.
|
Comments :
0 komentar to “Bahaya Wanita Memakai Bra 24 Jam”
Post a Comment